Mulakan dengan perbelanjaan yang perlu diteruskan
Senaraikan komitmen bulanan seperti rumah, makanan, pengangkutan dan penjagaan anak. Kira berapa lama simpanan serta manfaat pekerjaan sedia ada boleh membantu jika pendapatan terganggu.
Baca definisi dalam sijil
Minta pengendali tunjuk senarai penyakit, tahap yang dinyatakan dan syarat tuntutan. Tanya dokumen perubatan apa yang diperlukan dan bagaimana proses tuntutan bermula.
Semak dengan perlindungan yang dah ada
Susun ringkasan manfaat pekerjaan dan sijil peribadi. Tandakan bahagian yang kurang jelas untuk dibincang semasa semakan perlindungan penyakit kritikal.